Maklumat Konvokesyen

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA GRADUAN

Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Kali Ke-50 dijadualkan berlangsung pada 22-26 Ogos 2022. Penyampaian Ijazah Sarjana Muda (sesi Mac 2021 dan September 2021), Diploma dan Sijil Kemahiran Khas (sesi Disember 2020 dan Jun 2021) kepada graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, Jabatan Perdagangan, serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

Graduan diminta menyemak status graduan, sidang konvokesyen, kaedah pembayaran yuran dan peraturan berkaitan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-50 supaya istiadat ini dapat berlangsung dengan jayanya.