Tatasusila Istiadat

PANDUAN GRADUAN DAN TETAMU

PERINGATAN:

  1. Tidak dibenarkan menghadiri Istiadat Konvokesyen sekiranya Positif Covid-19, di bawah pengawasan dan pemerhatian (HSO) atau bergejala.
  2. Sila tunjukkan paparan MySJ Trace MySejahtera sebelum memasuki Istiadat Konvokesyen.

  1. GRADUAN
  2. Jubah konvokesyen graduan dan topi (motar board) disediakan oleh Politeknik Ungku Omar.
    1. Graduan Lelaki:
    1. Lounge Suite: Kemeja berlengan panjang (warna bebas), bertali leher warna gelap, berseluar “slack” panjang bewarna gelap, atau boleh dipakai bersama kot/blazer berwarna gelap. atau
    2. Baju Melayu cekak musang berwarna hitam, lengkap berbutang dan bersamping.
    3. Kasut kulit hitam dan sarung kaki hitam (kasut sukan tidak dibenarkan).
    4. Potongan rambut yang pendek dan kemas.

    1. Graduan Perempuan:
    1. Baju kurung/baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (warna bebas) dan bertudung warna krim.
    2. Blouse/kemeja berlengan panjang (warna bebas) dengan skirt labuh atau seluar slack hitam (menutup hingga ke paras buku lali “ankle length”).
    3. Bagi yang berambut panjang, rambut hendaklah diikat kemas dan rapi.
    4. Kasut bertutup berwarna hitam (sandal/selipar tidak dibenarkan).
    5. Semua graduan perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, menutup hingga ke paras buku lali “ankle length, tidak ketat dan tidak jarang).
    6. Tidak dibenarkan membawa beg tangan masuk ke dalam Dewan Jubli Perak semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

    1. Graduan DIWAJIBKAN memakai pelitup muka rasmi konvokesyen yang dibekal oleh pihak urusetia sepanjang majlis berlangsung.
    1. Graduan diingatkan mematuhi etika pakaian yang ditetapkan semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen. Pihak jawatankuasa berhak menghalang graduan masuk ke dewan konvokesyen sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian.
    1. Graduan yang mewarnakan rambut tidak dibenarkan menyertai istiadat ini. Graduan lelaki yang berambut panjang/berekor akan ditahan dan tidak dibenarkan menyertai istiadat ini).

  3. TETAMU GRADUAN
    1. Graduan dibenarkan membawa masuk SEORANG TETAMU sahaja ke dalam dewan.
    2. Graduan akan diberikan kad jemputan untuk seorang tetamu dan pelekat kenderaan semasa sesi peminjaman jubah konvokesyen
    3. Hanya tetamu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan.
    4. Tetamu graduan dibenarkan masuk ke Dewan Jubli Perak mulai jam 8.00 pagi.
    5. Pemakaian pelitup muka DIWAJIBKAN kepada semua tetamu sepanjang majlis berlangsung.
    6. Tetamu TIDAK DIBENARKAN membawa jambagan bunga dan belon ke dalam dewan semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung.
    7. Tetamu TIDAK DIBENARKANmembawa makanan ke dalam dewan semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung.
    8. Tetamu TIDAK DIBENARKAN bangun atau bergerak dari tempat duduk untuk mengambil gambar semasa berada didalam dewan.
    9. Tetamu yang diluar dewan boleh mengikuti sesi istiadat secara langsung ditayangkan di dewan kuliah.
    10. Tetamu hanya dibenarkan beredar dan meninggalkan dewan setelah sidang tamat.
    11. Etika Pakaian Tetamu Graduan:
    12. TETAMU LELAKI
      Baju Kebangsaan. atau
      Baju Batik. atau
      Lounge Suit
      Kasut Bertutup
      DILARANG

      Seluar Jeans
      Kemeja-T
      Sandal/Selipar/Kasut Sukan

      TETAMU PEREMPUAN
      Baju Kebangsaan. Atau
      Baju Batik. atau
      Baju Kurung atau
      Baju Kebaya atau
      Lounge Suit
      Kasut Bertutup
      DILARANG

      Gaun atau skirt atas paras lutut
      Blouse tanpa lengan
      Kemeja-T
      Pakaian Jeans/Seluar Pendek/ Seluar Ketat
      Sandal/Selipar/Kasut Sukan

    Kerjasama daripada graduan, ibu bapa atau tetamu amat dihargai untuk memastikan perjalanan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-50 Politeknik Ungku Omar ini berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.